Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, satu lagi program Sekretariat Pembangunan Sahsiah berjaya disemat di dalam blog ini. Walaupun dah berzaman program ini dijalankan harapannya masih segar di ingatan setiap peserta-pesertanya...OSEM!!
Kembara HENSHIN..Ada orang tanya HENSHIN tu apa..kalau nak tau boleh search pakar bahasa kita iaitu Pak Cik Google Translate untuk mendapatkan jawapan.Tetapi secara ringkas maksudnya adalah perubahan atau pun transformasi...sekian.
Seperti yang tertera pada pada poster di atas, program berbentuk rehlah ini telah diadakan pada 27 Mei 2012 bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majoriti peserta kali ini merupakan daripada kalangan pelajar tahun akhir memandangkan program ini untuk meraikan pelajar tahun akhir Kolej Kedua khususnya.Untuk pengetahuan semua,program rehlah ini telah dianjurkan 3 kali oleh SPS bermula dengan
Version 1.0 - Hari Keluarga G.B.S (Bukit Ekspo)
|
Gambar peserta-peserta Hari Keluarga G.B.S |
|
Maskot program... |
Version 2.0 - Perghh..Rehlah Mahabbah (Bukit Ekspo)
|
Gambar peserta Perghh..Rehlah Mahabbah |
|
Trademark Perghh..Rehlah Mahabbah berupa pinggan (^_^) |
|
|
Version 3.0 - Kembara HENSHIN (Bukit Ekspo)
|
Gambar peserta Kembara HENSHIN |
|
Maskot program Kembara HENSHIN..eh? |
|
Peserta diberikan penerangan sebelum memulakan aktiviti oleh saudara Azim selaku AJK Aktiviti |
3 peserta paling berbakat menunjukkan kemahiran masing-masing...GKG!
|
A picture tells thousand words |
|
Pengarah bagi Kembara HENSHIN (gambar dari belakang) |
|
Usia berbeza tidak menghalang bergambar bersama..:D |
|
Peserta Chinese yang sporting turut menyertai kembara kali ini..Xiexie...^^ |
|
Pasukan 'ledak' membuat stretching sebelum memulakan aktiviti super extreme |
|
Peserta-peserta muslimat |
|
Aktiviti apekah ini??jemur ikan keringkah?? |
|
Cuba teka berapa umur yang baju merah pekat tu?? |
|
"Korang sibuk men game aku kena angkat hot dog ni...huh!" |
|
Bila beraktiviti jangan lupa menjaga ikhtilat..muslimat nun di sana muslimin nun di sini..still boleh happy jugak^^ |
|
Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati |
|
Pemenang kategori muslimin |
|
"Eh,xpelah..aku buat keja ikhlas kerana Allah..(^_^)" |
|
Pemenang kategori muslimat |
|
Peserta-peserta tahun akhir yang diraikan |
Alhamdulillah, satu lagi program rehlah anjuran Sekretariat Pembangunan Sahsiah berjaya dijalankan dengan jayanya.Tahniah diucapkan kepada pengarah program kerana berjaya melaksanakan program Kembara HENSHIN
kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa
pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan rehlah kali
ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat semua peserta yang menyertai rehlah kali ini. Semoga semua peserta menikmati setiap aktiviti yang disediakan pihak pengajur.Pihak penganjur memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang melaksanakan program dan semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada
hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain
daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda
yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang
yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk
mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya
lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:
“Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan
kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan
tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Wallahua'lam.
Sekian.
Ahli Jawatankuasa pelaksana
Kembara HENSHIN
anjuran Sekretariat Pembangunan Sahsiah
Kolej Kedua
1 comments:
nice one.. keep it up.. ^_^
Post a Comment