Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: February 2011

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Salam Maulidur Rasul Kolej Kedua


Selasa, 15 Februari 2011 – Di kala pagi hari, seawal jam 8 pagi semua pelajar Muslim Kolej Kedua sudah mula berkumpul di Gelanggang Bola Tampar dan Kawasan Parking kerata Kolej Kedua. Alhamdullillah, sebahagian besar Kolegiat Muslim Kolej Kedua bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur rasul walaupun ia dibuat secara sederhana.

Sambutan Maulid ini dimulakan dengan perarakan mengelilingi Kolej Kedua sambil mengalunkan selawat nabi. Sesungguhnya, tujuan utama sambutan ini dibuat adalah untuk memperingati perjuangan besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Secara tidak langsung ia akan menyemai kecintaan kita kepada Kekasih Allah itu. 

Selepas perarakan, pelajar-pelajar menjamu selera seketika, selepas itu majlis diteruskan dengan tayangan Video Kisah Rasullulah dan Video Pesanan Rasullulah kepada wanita. Semoga usaha yang kecil ini mendapat manfaat buat semua,Insyaallah. Majlis dimeriahkan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul daripada Ustaz Nasir. Pengisian yang amat bersemangat dan membuka minda kepada yang mendengar. Teguran yang secara langsung diharap tidaklah menyakiti hati mana-mana pihak. Sebaliknya, menjadikan ia sebagai satu aspirasi untuk kita menjadi seorang yang lebih berjaya dan memahami diri kita sebagai seorang hamba, Insyaallah.

Akhir sekali, kami memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sewaktu menjalankan sambutan salam maulidur rasul ini. Waallahulam.













Berjumpa lagi di lain kalam...=)wallahua'alam...

Maulidur Rasul 1432 H

Selamat menyambut Maulidur Rasul , hari keputraan Baginda Rasullulah s.a.w kepada semua kolegiat Kolej Kedua.

Please Click  the picture to larger view.