Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: December 2010

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

2 September 2010 - Majlis Khatam Al-Quran (BADAR)

Seterusnya Program BADAR yang dijalankan diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis Khatam ini adalah bersempena khatam bacaan Al-Quran melalui tadarus Al-Quran yang dijalankan pada setiap malam pada bulan Ramadhan. Kumpulan tadarus ini terbahagia kepada kumpulan muslimin dan muslimat. Bagi setiap kumpulan terdapat seorang naqib dan naqibah yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, kumpulan tadarus ini adalah kumpulan yang sama untuk Program 'Muslim Youth Smart' (MYS) yang telah dilancarkan dan dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 ini.


Tujuan Tadarus Al-Quran ini diadakan adalah untuk mengimmarahkan bulan Ramadhan ini dengan Sunnah Rasullulah SAW. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Muslim Kolej Kedua. Dan diharapkan agar hubungan ini menjadi lebih erat walaupun telah berakhirnya bulan Ramadhan ini. Program tadarus ini diwajibkan kepada semua pelajar baru dan digalakkan untuk pelajar lama menyertainya.


Setelah khatam Al-Quran ini, satu majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan bagi meraikan kejayaan semua kerana telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Kesemua peserta kumpulan tadarus dan naqib dan naqibah telah diberi cenderahati sebuah 'BUKU HADIS 40'. Buku diberikan agar memberi manfaat kepada semua. Semoga segala panduan yang terdalam dalam hadis-hadis tersebut dapat memberi panduan kepada kita.


Akhir kalam, semoga Ramadhan yang akan datang lebih bermakna daripada yang sebelumnya...


Sekian, Thank you.


Sebagai kenangan...look at these pictures...




Tekun mendengar ceramah mengenai pengurusan jenazah ini...


 


Para naqib yang akan membacakan surah-surah terakhir dalam Al-quran..




Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Program Bulan Damba Rahmat (BADAR)..


Naqibah-naqibah...




Jamuan makan dalam talam seusai habisnya Majlis Khatam Al-Quran..






Aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan..






22 Ogos 2010 - Bengkel Pengurusan Jenazah ( BADAR )

Alhamdullilah bersyukur ke hadrah Ilahi kerana diizinkan untuk kami menyediakan post kali ini.

Pertama sekali, mohon maaf atas kelewatan untuk menyediakan laporan ini. Pada kali ini, kami ingin berkongsi tentang Bengkel Pengurusan Jenazah yang telah dijalankan pada bulan Ramadhan yang lepas. Mungkin terlalu lewat untuk mengirimkan post ini, tetapi walau bagaimanapun kami akan tetap berkongsi bersama kepada semua.

Bengkel Pengurusan Jenazah ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kolegiat Kolej Kedua tentang cara-cara pengurusan jenazah yang mudah difahami dan lebih praktikal. Ini kerana, dalam bengkel ini terdapat penyampaian dari segi teori dan teori tersebut akan dipraktikkan agar menjadi lebih praktikal agar para pelajar dapat merasai sendiri cara-cara pengurusan jenazah tersebut.

Bagi umat Islam adalah lebih baik jika si mati adalah ibu bapa mereka dan anak-anak yang menguruskan sendiri jenazah ibu bapa mereka. Ilmu pengurusan jenazah ini tidak dapat dipelajari di dalam dewan kuliah. Oleh itu, SPSI mengambil langkah alternatif untuk mengadakan bengkel ini. Bengkel terbuka kepada pelajar Muslim dan Non Muslim. Terdapat kolegiat yang berbangsa cina menyertai bengkel pengurusan jenazah ini, secara tidak langsung ini memberi peluang kepada pelajar Non Muslim untuk mengenali dengan lebih dekat cara-cara pengurusan jenazah mengikut cara Islam.

Di sini  terdapat beberapa gambar yang merakamkan aktiviti ini :














 

Sekian untuk kali ini...




Welcome to the new blog of SPSI !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Post pertama ini hanya untuk pemberitahuan tentang blog SPSI ini. Blog ini dicipta bagi memudahkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan sekretariat ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyalurkan perkembangan terkini tentang aktiviti yang telah dijalankan atau bakal dijalankan. Blog ini juga diharapkan dapat memberi input kepada semua.

Semoga blog ini menjadi satu medium yang utama untuk semua ahli sekretariat. Akhir sekali, diharap semua dapat memberi sokongan.
Terima kasih.