Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: March 2012

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Sepanjang semester di Surau Manbaul Ilmi...

                                              بسم الله الرحمن الرحيم

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

السلام عليكم

 Menjengah semester baru sesi 2011/2012, kita sedar dengan pelbagai program-program kolej yang cukup banyak. Namun, dalam kesempatan yang dizinkan-Nya, sempat juga AJK Sekretariat Pembangunan Sahsiah mengadakan mesyuarat dan mengadakan sesi sumbang saran bagi memantapkan lagi perjalanan da'wah di Kolej Kedua. Berikut merupakan jadual sesi kuliah mingguan yang telah dipersetujui untuk semester ini;
  • Kelas Tajwid : Setiap Isnin
  • Kuliah Fardhu Ain : Setiap Selasa  
  • Kuliah Tasawuf : Setiap Khamis
  • Pengisian dari ustaz jemputan : Setiap Sabtu
Bagi aktiviti bulanan pula telah disimpulkan di dalam takwim, seperti berikut :


Sebagaimana pohon yang banyak dahannya, namun hanya bertunjang kepada satu akar, begitu jugalah matlamat kami di Sekretariat Pembangunan Sahsiah di Koleh Kedua. Kami merancang pelbagai program tidak lain untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah dengan penuh rasa mahabbah seterusnya membentuk sahsiah mengikut acuan Islam sebenar. Meskipun begitu, perancangan Allah pasti dan sepastinya lebih hebat.
Akhir kalam, jangan lupa setiap temujanji (seperti di atas) kita di Surau Manbaul Ilmi. Sahsiah Cerminan Ilmuan.
Wallahua'alam. Assalamu'alaikum..