Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: February 2012

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

hari keluarga "Perghh.. Rehlah Mahabbah 2011"

بسم الله الرحمن الرحيم
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

السلام عليكم
Sebelum cuti semester yang lepas, sebetulnya masa study week yang lepas, Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua Sesi 2011 /2012 telah menganjurkan program Hari Keluarga  SPS iaitu Perghh..Rehlah Mahabbah 2011.  Pada 26 Disember  2011 bersamaan  1 Safar 1433H, Bukit Ekspo, UPM jadi tempat kami untuk berhari keluarga. Perghh.. Rehlah Mahabbah diadakan tak lain tak bukan untuk eratkan ukhuwah dalam kalangan ahli sekretariat dan kolegiat kolej kedua sendiri.

Ni la poster promosi Perghh... Rehlah Mahabbah 2011

Dengan semangat berkobar-kobar, tepat jam 8.00 pagi, semua peserta berkumpul. Muslimin berkumpul di Dataran Merak dan muslimat sibuk di dapur Kolej Kedua. Pengarah kita, saudara Ahmad Azim bin Mohamad Noh mengetuai semua peserta ke Bukit Ekspo pada pukul 8.15 pagi. Sampai je kat sana, semua orang terus bersarapan. Macam biasa, setiap program ada pengarah berucap, jadi kesempatan ni diambil oleh saudara Azim untuk beri ucapan alu-aluan.
berjalan bersama-sama ke Bukit Ekspo
Here we come!! BUKIT EKSPO :)
Bismillah.. sarapan dulu sebelum wat aktiviti...
Ni pengarah kita, saudara Azim (baju kuning) tengah bagi ucapan alu-aluan.

Dah namanya hari keluarga, aktiviti mestilah gempak dan best. siapa yang handle? Haa... saudara Hasmil Faeez dengan AJK aktiviti yang lain. Stretching-strectching, pasti aktiviti pun bermula. tapi sebab nak jaga ikhtilat dan adab, muslimin dan muslimat buat aktiviti berasingan.Antara aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program, berlangsung ialah Sirna dalam Sinar, Sweet Sfera, Thank You Allah, Suci Dalam Debu dan No Man is an island. bermain bersuka ria bukan sekadar kosong tanpa pengisian. setiap aktiviti tu dah dirancang dan diselitkan dengan pengisian yang berguna.
sebelum start aktiviti, stretching dulu.
Game pertama.. Ready semua!


nie preparation untuk next game..

pijak belon diorang!


perut kosong diisi dengan makan tengahari yang sedap. nasi tomato tapi makan dalam talam. Alhamdulillah... lepas kenyang makan, hadiah dan cenderahati disampaikan kepada pemenang.  




Sekalung ucapan tahniah kepada para AJK pelaksana Perghh... Rehlah Mahabbah 2011 kerana telah berjaya menjalankan program bermanfaat seumpamanya. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir termasuklah alumni Kolej Kedua, mantan Presiden MTM Kolej Kedua dan ramai lagi. Semoga setiap tenaga dan usaha ke arah menjayakan program ini mendapat manfaat kepada kolegiat Kolej Kedua khususnya.

sesi perkongsian selepas aktiviti berakhir
tadaa.. menang mesti dapat hadiah
sekalung penghargaan kepada semua yang sudi memeriahkan program ini :)

yang muslimin  nie, xtaw nak cakap ape :P
geng-geng muslimat...

kenangan Perghh... Rehlah Mahabbah 2011