Blogger Widgets SECRETS OF SHINING

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Kembalilah...





"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]






Fitrah kita sebagai manusia untuk kembali berinteraksi dengan Allah dalam setiap episod siri kehidupan dunia kita.. Setiap kalamullah itu kita lantunkan dengan perasaan penuh cinta, dan kita terjemahkan dengan amal dengan penuh cinta. Kita dakwah dan perjuangkan setiap kalimahnya demi pembuktian cinta.. 


Fitrah kita sebagai manusia untuk mencintai dan mengikuti sunnah dan hikmah Nabi Muhammad SAW.. Kita hidupkan nilai-nilai Islam, syiar-syiar Islam, syariat-syariat Islam dalam setiap penjuru hati kita dan hati masyarakat kita..


Fitrah kita sebagai seorang manusia untuk mencintai Allah, mencintai Rasulullah SAW, mencintai orang-orang beriman, mencintai alam, tetapi tetap tegas dengan orang-orang kafir..


Fitrah kita sebagai manusia untuk tidak akan membiarkan ahli keluarganya serta sahabatnya serta ummahnya jatuh ke dalam lubuk binasa, maka dia akan bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan mereka, hatta jika terpaksa mengorbankan dirinya sekalipun dia tegar!


Fitrah kita sebagai manusia untuk menjadi khalifah Allah, menjadi hamba Allah, menjadi pemimpin ummat, penyebar kebaikan dan rahmat kepada seluruh alam dan menghempas pulas hancur kezaliman dan penindasan..


Fitrah kita sebagai manusia untuk kembali (bertaubat) dan merasa bahagia apabila dapat menangis kerana dosa-dosa, kelemahan-kelemahan, atau kerana rasa cinta yang teramat sangat untuk bertemu dengan yang Maha Mencinta :')



Bukanlah kembali kepada fitrah apabila kita menjadi semakin jauh daripada Allah..
Bukanlah kembali kepada fitrah apabila kita menjadi semakin jauh daripada wasiat Nabi Muhammad SAW..
Bukanlah kembali kepada fitrah apabila kita menjadi semakin jauh daripada Islam, dakwah dan jihad..
Sunggh, itu bukan fitrah kita.


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 
[QS ar-Rum, 30:30]


Sumber Asal: tekan sini :)

Ramadhan : Upss...dah nak habis??



Assalamualaikum sahabat2... Salam Ramadhan. Aci tak baru nak wish? hihi ^_^v
Macam mana Ramadhan korang tahun ni? OSEM tak??
Yang pasti semua orang mengharap yg terbaik kan..!

ok..entry kali ni pastinya berkait mood saki-baki Ramadhan. Macam-macam kerenah manusia dlm bulan rahmat ni.. haha.. :D 
Ade yg semangat di awalnya..tapi di pertengahan hingga akhirnya layu.
Ade yg biasa2 je,, macam puasa sunat di bulan2 biasa.
Ade yg Ohhsseemm giler.. bersemangat dan terus istiqomah sampai ke akhirnya!

Haa...meh sini kite baca jap crita kat bwah ni. Pendek je.. tak sampai 5min pun baca :p
Nanti kita sama2 fikirkan ibrah (pengajarannya).. jum!

Pesanan penulis sebelum baca.


1. Tolong stopkan kejap video Zikir Terapi Hafiz Hamidun kat ujung bawah tuu... *nampak tak? kat hujung tuuu* haa..dah??
2. Play kan video ni pulak.. haa... tekan button play! *tak yah tengok..dgr sambil baca.*

3. kosongkan fikiran..tarik nafas dalam2..lepas!
4. ok dah. bule baca :)

***

Kisah bermula..

Hmm,, penat la haii puasa hari ni. (Ahad,, bukan kerja pun..) Punggung aku labuhkan di atas kerusi sambil membuang pandangan kosong ke luar tingkap. Tompok2 awan putih menghias birunya langit. Subhanallah! Ciptaan Allah, semuanya hebat :')

(view from top floor Merpati) 

'cakcicakcakk!!' (bunyi cicak lapar) 
Blok dah kosong.. semua org da balik kampung nak raya! tinggal aku dan keluarga en.cicak je.. bosaan...

Earphone aku sumbat ke dlm telinga..
'HOT.fm,, raya paling hangat!' ...lalala...lagu raya...
*tak yah heran..radio sekarang,, puasa ke tiga da pasang lagu raya. tak sabar betul! 

..tett,, tukar channel..

'...istiqomah melakukan ibadah di malam2 terakhir ramadhan..bla,,bla, bla..'
haaa,, ni mesti IKIM.fm.. ilmiah n islamic semacam je...

cop2..rewind baliikk please!! *sreet..sreet..( bunyi rewind kaset buruk)*

"..malam2 terakhir ramadhan.."
*tupp!!* *sentap!!*

Pandangan aku alihkan ke sofboard di sebelah kiriku.. Dari tempat duduk, aku kecilkan mata..cuba fokus pada Taqwim Ramadhan yg aku buat dan siap tampal kat situ..

Masya-Allah.. Dah 26 Ramadhan, dan malam ni malam ke 27!! Biar betull??
Cepat2 aku tanggalkan earphone di telinga, bangun utk pastikan pandangan aku tak salah. 
SAH! Memang TAK SALAH! Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi!? OMG!!

Erkk...jaappp!! mane checklist 'Ramadhan Taqwa' aku??? rasa cam dah tampal kat sofboard ni jgk. mane2?? (otak ligat ingat balik letak kat mane,, selongkar beg, laci, almari, bawah katil...)

*3min kemudian*

Fuhh,, jumpa pun! renyuk dah! Cepat2 aku ratakan kertas yg da mcm kertas bungkus tempe tuh.
Mata meliar, cuba semak balik checklist@KPI yg kononnya aku cuba nak capai utk Ramadhan kali ni.. 

Aaaahhhh...ade la satu dua yg mengena..tapi..nyata banyak yg TERSASAR!
Mane Qiamnya,, Iktikafnya,, sedekahnya...??? Al-Quran..hafazannya...tak cukup!!!
Lagi 2 hari...tak sempat nii!!

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa"
[al-Baqarah: 183]

sikit2 bayangan TAQWA hilang dari pandangan.. Allah..Allah..Allah :'(

Macam mane pulak dgn KEAMPUNAN?? *dup..dap..dup..dap..* (heart pounding)

#flashback

Tazkirah Terawikh..
Masjid Mardi @ Day 5 Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya Jibril (‘Alaihissalam) telah membisikkan (doa) kepadaku. Katanya; ‘Celakalah bagi orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampunkan’. Lalu akupun mengaminkan doa tersebut.” [HR Al-Hakim] 

#comeback.

>> 'Wehh,, Nabi aminkan utk kecelakaan golongan ini..?? Nabi tauu!!! Nabi!!'
> 'ye laa....aku tau la nabi! Jibril doakan, Nabi aminkan! pastu ko dah kenapa masih mcm buat2 tak tau je?? aku tengok kau slumber je..macam org tak de dosa..macam yakin je dapat syurga! Tinggal 2 hari je lagi.. sempat ke??!! ko dah tolak tawaran pengampunan Allah.. TAWARAN HEBAT! PROMOSI RAMADHAN! kau la.. semua salah kau!!'
>> 'Errkk....yeke.. mane ade aku tolak! tapi.... '
> 'haa...tapi ape?? nak salahkan syaitan pulak ke?? Diorang sume da kena ikat..skrg kau..kau..kau tu yg.......'
>>'yg...syaitan...????' -__-

(..bermonolog dalaman..)

*dusshh 1000xx kat muka* *nanges... :'(*


Selepas solat Terawih malam tu..

"jum @solat sunat tasbih" (lihat nota kaki)
"errk...mana tau cara nak solat"
"google la.."

Ada 2 hari lagi ni...SEMPAT!! Jgn sia-siakan..

“Aku (Allah) menurut sangkaan hambaKu terhadapKu.” 
[Hadis Kudsi, Jami’ Al-Tirmidzi]


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ

 إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [39:53]


Ramadhan...Ramadhan...Ramadhan...usah pergi :'(
Kau pergi tanpa janji bertemu ku lagi..
Allah.. :'(

-tamat-

Macam mana? Agak2 kita sama tak macam kisah tadi?

Ayuh sahabat2.. teruslah mengharap keampunan dari Allah SWT di saki-baki Ramadhan yg ada. Mohon  kita dijauhkan dari menjadi dari sebhagian golongan2 yg mendapatkan kecelakaan di bulan Ramadhan.

'Taqabbalallah minna wa min kum'

#nota kaki :
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.

Rasulullah
 shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ 
( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.




' 3 Hari Bersama SMI '
[Hari-hari pun bersama SMI <3]



Alhamdulillah, program 3 Hari Bersama SMI (Surau Manbaul Ilmi) telah berjaya dilaksanakan.
Program ini bertujuan mengutuh ukhuwah yang sedia terjalin antara kolegiat Kolej Kedua hanya 
kerana Allah SWT.

Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kecintaan kita pada rumah-rumah Allah serta Majlis-majlis Ilmu.

Rasulullah bersabda, 

"Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ."

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman syurga itu?"
Nabi menjawab, MAJLIS- MAJLIS ILMU". 
[ HR Thabrani]


Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga Kolej Kedua yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program dijalankan.
Diharapkan agar kita akan terus mencintai rumah Allah
dan istiqamah mengimarahkan majlis-majlis ilmu, terutamanya yang dijalankan di Surau Manbaul Ilmi, Kolej Kedua. 

Moga ukhuwah dan cinta yang terjalin kerana Allah dapat membawa kita ke syurga.
Ukuwah fillah abadan abada!

Ayuh, bergandingan ke Syurga Allah.

*sekitar '3 Hari bersama SMI'.



Ceramah Isra' Mikraj bersama Ustaz Nabil Ahmad di Surau Manbaul Ilmi, K2.







Kembara Henshin Night Edition di Pusat Boling, South City.
Aktiviti ini bagi meraikan pelajar2 final year Kolej Kedua yang telah banyak menyumbang bakti dan menyokong dalam gerak-kerja SMI & SPS.
Turut menjemput Ustaz Arif Aiman.

Kepada semua warga SMI dan AJK pelaksana program, Tahniah.
Moga Allah Redha usaha kalian.
Amin.

Mohon maaf atas segala kekurangan.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat
dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. 
Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 
(at-Taubah: 41)