Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: November 2011

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Salam Ma'al Hijrah 1433H - Membuka Lembaran Baru

     Saban tahun menjelang awal Muharram, kita sering membina azam baru. Namun, ingat lagikah kita akan satu azam yang tidak pernah berubah dari mula sejak setiap dari kita dilahirkan ? Azam itu adalah menjadi khalifah di bumi Allah. Bukan sekadar azam kita, malah itulah yang Allah tanamkan di hati kita di saat kita kita pertama kali ditiupkan roh suatu ketika dulu.

 'Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman, " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Surah al-Baqarah : 30

       Khalifah bermakna pentadbir, yang memakmurkan bumi ini, bukannya membuat kerosakan di bumi. Ertinya, apa yang Allah SWT halalkan, manusia juga wajib menghalalkannya dan apa yang Allah larang , perlu diharamkan dan dijauhkan sama sekali.

       Untuk apa Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah ? kerana Dia mahu melihat bagimana manusia diuji dengan amanah dan perilaku di atas muka bumi ini. Pelantikan sebagai khlifah ini bukan suatu anugerah yang kita mampu banggakan sewenang-wenangnya, apa lagi menjadikannya sebagai satu 'lesen besar' untuk berbuat sesuka hati. Sebaliknya Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah supaya mereka boleh diuji. Sesiapa yang melakukan kejahatan, mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Begitu juga mereka yang melakukan kebaikan, ganjaran dari Allah itu cukup indah.

     Oleh itu, para sahabat-sahabat Kolej Kedua khususnya, ayuh kita 'refresh' azam kita sebagai seorang khalifah yang Allah sudah lantik sejak dulu lagi. Semoga Allah tetapkan kita terus berada di landasan yang benar sehingga sampai masa kita mengahadap-Nya.

Bengkel Pemantapan Rohani ~ Tahsin solat

Salam seindah salam...

   Sebagaimana yang dirancang , alhamdulillah Tahsin Solat telah berjaya dijalankan pada 16 Oktober yang lalu.
Secara khususnya, progarm ini bertujuan untuk

  • membentuk ukhuwah dalam kalangan AJK pelaksana itu sendiri.
  • memberikan pendidikan Islam kepada kolegiat K2.
  • menyampaikan syi'ar Islam bagi melahirkan kolegiat yang berpengetahuan luas.
    Tidak berniat untuk memberikan laporan terperinci, sekadar ingin berkongsi perjalanan program secara keseluruhannya. 
    Memang tidak dinafikan bahawa isu yang di sentuh tidak begitu menepati kehendak, namun keberadaan dan sambutan yang agak meriah dari kolegiat yang datang cukup membuka mata setiap yang hadir, bahawa pelajar-pelajar di Kolej Kedua sememangnya tidak pernah jemu mencari ilmu. 
   Sekalung ucapan tahniah kepada para AJK pelaksana Bengkel Pemantapan Rohani kerana telah berjaya menjalankan program bermanfaat seumpamanya. Semoga setiap tenaga yang ada di kolej ini khususnya tenaga sahabat-sahabat semua dimanfaatkan ke arah meng'utuhkan Bi'ah Solehah di Kolej Kedua.



Mera'ikan ketibaan jemputan-jemputan

bi'ah solehah 

respon dari kolegiat yang hadir

ramai yang ingin bertanya

muslimat juga tidak ketinggalan ingin tahu




ustaz tenang memberikan penerangan

sebagai penutup, jangan lupa praktikkan

JANGAN LUPA NANTIKAN BENGKEL JENAZAH AKAN DATANG !

Sekian, wallahua'alam...