Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Salam Ma'al Hijrah 1433H - Membuka Lembaran Baru

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Salam Ma'al Hijrah 1433H - Membuka Lembaran Baru

     Saban tahun menjelang awal Muharram, kita sering membina azam baru. Namun, ingat lagikah kita akan satu azam yang tidak pernah berubah dari mula sejak setiap dari kita dilahirkan ? Azam itu adalah menjadi khalifah di bumi Allah. Bukan sekadar azam kita, malah itulah yang Allah tanamkan di hati kita di saat kita kita pertama kali ditiupkan roh suatu ketika dulu.

 'Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman, " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Surah al-Baqarah : 30

       Khalifah bermakna pentadbir, yang memakmurkan bumi ini, bukannya membuat kerosakan di bumi. Ertinya, apa yang Allah SWT halalkan, manusia juga wajib menghalalkannya dan apa yang Allah larang , perlu diharamkan dan dijauhkan sama sekali.

       Untuk apa Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah ? kerana Dia mahu melihat bagimana manusia diuji dengan amanah dan perilaku di atas muka bumi ini. Pelantikan sebagai khlifah ini bukan suatu anugerah yang kita mampu banggakan sewenang-wenangnya, apa lagi menjadikannya sebagai satu 'lesen besar' untuk berbuat sesuka hati. Sebaliknya Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah supaya mereka boleh diuji. Sesiapa yang melakukan kejahatan, mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Begitu juga mereka yang melakukan kebaikan, ganjaran dari Allah itu cukup indah.

     Oleh itu, para sahabat-sahabat Kolej Kedua khususnya, ayuh kita 'refresh' azam kita sebagai seorang khalifah yang Allah sudah lantik sejak dulu lagi. Semoga Allah tetapkan kita terus berada di landasan yang benar sehingga sampai masa kita mengahadap-Nya.

0 comments:

Post a Comment