Blogger Widgets SECRETS OF SHINING

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM



' 3 Hari Bersama SMI '
[Hari-hari pun bersama SMI <3]



Alhamdulillah, program 3 Hari Bersama SMI (Surau Manbaul Ilmi) telah berjaya dilaksanakan.
Program ini bertujuan mengutuh ukhuwah yang sedia terjalin antara kolegiat Kolej Kedua hanya 
kerana Allah SWT.

Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kecintaan kita pada rumah-rumah Allah serta Majlis-majlis Ilmu.

Rasulullah bersabda, 

"Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ."

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman syurga itu?"
Nabi menjawab, MAJLIS- MAJLIS ILMU". 
[ HR Thabrani]


Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga Kolej Kedua yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program dijalankan.
Diharapkan agar kita akan terus mencintai rumah Allah
dan istiqamah mengimarahkan majlis-majlis ilmu, terutamanya yang dijalankan di Surau Manbaul Ilmi, Kolej Kedua. 

Moga ukhuwah dan cinta yang terjalin kerana Allah dapat membawa kita ke syurga.
Ukuwah fillah abadan abada!

Ayuh, bergandingan ke Syurga Allah.

*sekitar '3 Hari bersama SMI'.



Ceramah Isra' Mikraj bersama Ustaz Nabil Ahmad di Surau Manbaul Ilmi, K2.







Kembara Henshin Night Edition di Pusat Boling, South City.
Aktiviti ini bagi meraikan pelajar2 final year Kolej Kedua yang telah banyak menyumbang bakti dan menyokong dalam gerak-kerja SMI & SPS.
Turut menjemput Ustaz Arif Aiman.

Kepada semua warga SMI dan AJK pelaksana program, Tahniah.
Moga Allah Redha usaha kalian.
Amin.

Mohon maaf atas segala kekurangan.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat
dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. 
Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 
(at-Taubah: 41)




0 comments:

Post a Comment