Blogger Widgets SECRETS OF SHINING

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM


Tinta Fikir dengan Zikir

" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."

(13:28)
 
Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.
Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
 
Fikir dengan zikir mampu membentuk insan yang seimbang dari semua aspek, jasadiyah mahupun ruhiyah. Fikir di minda lalu zikir dihati, lantas tenang sanubari. Tatkala diselubungi kemelut hati, fikir dan zikirlah. Ketenangan bukan suatu yang boleh dibuat-buat. Ia lahir semulajadi. Wujudkan lah zikir dalam setiap fikir, kerna ia mampu menenangkan jiwa. Allah menakluk para hati. Dia juga yang memberi ketenangan dalam diri. Kemelut hidup mengajar manusia untuk berfikir. Namun berapa ramai insan yang hanya tahu berfikir namun alpa untuk berzikir tatkala menempuh liku-liku hidup. Allah tiupkan ketenangan kepada para hamba yang selalu mengingati-Nya. Terkadang kita tersasar. Tersasar jauh dari penyimpangan. Kita sering fikir kita telah melakukan sesuatu yang benar. Namun, setelah diteliti, penghujungnya kita salah. Tatkala itu kita sedar kita tenggelam dalam 'fikir' kita sendiri. Mari, semarakkan fikir dengan zikir.
 




0 comments:

Post a Comment