Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: 22 Ogos 2010 - Bengkel Pengurusan Jenazah ( BADAR )

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

22 Ogos 2010 - Bengkel Pengurusan Jenazah ( BADAR )

Alhamdullilah bersyukur ke hadrah Ilahi kerana diizinkan untuk kami menyediakan post kali ini.

Pertama sekali, mohon maaf atas kelewatan untuk menyediakan laporan ini. Pada kali ini, kami ingin berkongsi tentang Bengkel Pengurusan Jenazah yang telah dijalankan pada bulan Ramadhan yang lepas. Mungkin terlalu lewat untuk mengirimkan post ini, tetapi walau bagaimanapun kami akan tetap berkongsi bersama kepada semua.

Bengkel Pengurusan Jenazah ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kolegiat Kolej Kedua tentang cara-cara pengurusan jenazah yang mudah difahami dan lebih praktikal. Ini kerana, dalam bengkel ini terdapat penyampaian dari segi teori dan teori tersebut akan dipraktikkan agar menjadi lebih praktikal agar para pelajar dapat merasai sendiri cara-cara pengurusan jenazah tersebut.

Bagi umat Islam adalah lebih baik jika si mati adalah ibu bapa mereka dan anak-anak yang menguruskan sendiri jenazah ibu bapa mereka. Ilmu pengurusan jenazah ini tidak dapat dipelajari di dalam dewan kuliah. Oleh itu, SPSI mengambil langkah alternatif untuk mengadakan bengkel ini. Bengkel terbuka kepada pelajar Muslim dan Non Muslim. Terdapat kolegiat yang berbangsa cina menyertai bengkel pengurusan jenazah ini, secara tidak langsung ini memberi peluang kepada pelajar Non Muslim untuk mengenali dengan lebih dekat cara-cara pengurusan jenazah mengikut cara Islam.

Di sini  terdapat beberapa gambar yang merakamkan aktiviti ini :














 

Sekian untuk kali ini...




0 comments:

Post a Comment