Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: 2 September 2010 - Majlis Khatam Al-Quran (BADAR)

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

2 September 2010 - Majlis Khatam Al-Quran (BADAR)

Seterusnya Program BADAR yang dijalankan diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis Khatam ini adalah bersempena khatam bacaan Al-Quran melalui tadarus Al-Quran yang dijalankan pada setiap malam pada bulan Ramadhan. Kumpulan tadarus ini terbahagia kepada kumpulan muslimin dan muslimat. Bagi setiap kumpulan terdapat seorang naqib dan naqibah yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, kumpulan tadarus ini adalah kumpulan yang sama untuk Program 'Muslim Youth Smart' (MYS) yang telah dilancarkan dan dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 ini.


Tujuan Tadarus Al-Quran ini diadakan adalah untuk mengimmarahkan bulan Ramadhan ini dengan Sunnah Rasullulah SAW. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Muslim Kolej Kedua. Dan diharapkan agar hubungan ini menjadi lebih erat walaupun telah berakhirnya bulan Ramadhan ini. Program tadarus ini diwajibkan kepada semua pelajar baru dan digalakkan untuk pelajar lama menyertainya.


Setelah khatam Al-Quran ini, satu majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan bagi meraikan kejayaan semua kerana telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Kesemua peserta kumpulan tadarus dan naqib dan naqibah telah diberi cenderahati sebuah 'BUKU HADIS 40'. Buku diberikan agar memberi manfaat kepada semua. Semoga segala panduan yang terdalam dalam hadis-hadis tersebut dapat memberi panduan kepada kita.


Akhir kalam, semoga Ramadhan yang akan datang lebih bermakna daripada yang sebelumnya...


Sekian, Thank you.


Sebagai kenangan...look at these pictures...




Tekun mendengar ceramah mengenai pengurusan jenazah ini...


 


Para naqib yang akan membacakan surah-surah terakhir dalam Al-quran..




Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Program Bulan Damba Rahmat (BADAR)..


Naqibah-naqibah...




Jamuan makan dalam talam seusai habisnya Majlis Khatam Al-Quran..






Aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan..






0 comments:

Post a Comment