Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Selamat Kembali ke Kampus & Happy New Year 2011 !!!

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Selamat Kembali ke Kampus & Happy New Year 2011 !!!


Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Pejam celik, pejam celik , hampir sebulan lebih sudah kita bercuti sempena cuti semester akhir ini. Dan lebih kurang  7 hari lagi kita akan meneruskan pengajian ke semester yang baru. Semester baru, azam baru dan semangat baru, semoga dengan semua ini dapatlah kita memasuki semester baru ini dengan bersemangat walaupun akan ada di antara kita mungkin berkata-kata," eh, aku rasa macam baru cuti semalam jer, tapi sedar tak sedar esok dah start sem baru,"...Lumrah dunia hari ini, masa yang berlalu dianggap terlalu pantas. Tetapi itulah hakikat dunia hari ini. 

Semoga semester yang baru ini memnberi sinar harapan kepada semua untuk terus maju dan berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Bagi  yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan untuk semester lepas, jangan putus asa dan jangan putus harapan, teruskan usaha selagi nadi masih berdenyut dalam diri kita. Bagi yang berjaya, konsistenkan usaha anda agar kejayaan yang cemerlang sentiasa milik anda. Tetapi harus diingat bahawa dalam mengecapi kejayaan kita akan berhadapan dengan kejayaan dan kegagalan yang silih berganti untuk mencapai kejayaan yang hakiki.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat kembali ke kampus untuk menghadapi semester baru !!!

Sekian, terima kasih.


0 comments:

Post a Comment