Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura 2011

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

السلام عليكم

muharam dah pun menjengah...
sempena tibanya bulan Muharram..
Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua sesi 2011/2012 telahpun menganjurkan gotong-royong memasak bubur asyura. Kebiasaannya kat Malaysia, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur 'Asyura'.
Tanggal 12 Disember 2011 bersamaan 16 Muharram 1433H,
telah berlangsungnya aktiviti ini di kawasan dapur Kolej Kedua. Objektifnya ialah untuk mengeratkan  ukhuwah dalam kalangan kolegiat Kolej Kedua.


Alhamdulillah, seperti yang dirancang, gotong royong nie bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi,
di mana aktiviti bermula dengan memotong bahan-bahan asas seperti bawang, daging dan ayam.
ketika ini sudah ramai yang turun membantu. Alhamdulillah...
Laparnya muslimin dan muslimah di pagi hari diisi dengan cucur yang disediakan oleh muslimah di dapur. Selepas semua barang asas siap, tiba masanya untuk sediakan air untuk memasak,
mencuci beras, sediakan kacang, dan sebagainnya...

geng kupas kulit kacang :)

Selepas itu ialah masa untuk memasak. Chef kita pada hari kejadian sangatlah ramai.
Tetapi ketua chef ialah En Din dan saudara Shazwan.
Masuk itu, masuk ini dan kacau-kacau..
Maka siaplah bubur asyura versi KL.
Bubur yang dibuat ada dua versi lagi :)
versi daging dan versi ayam...

geng muslimin dah start mengacau..

Muslimah pun teringin juga nk kacau bubur

chef tengah kongsi resepi rahsia

Alhamdulillah, ramai kolegiat yang turun membantu.
muslim dan non-muslim turut membantu.
Kiranya objektif aktiviti telah dicapai.
Kemudian, bubur asyura diagihkan kepada semua kolegiat kolej kedua.


sesi menghias bubur :)

bubur versi daging
bubur versi ayam

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa, En Din dan kolegiat Kolej Kedua yang turut memeriahkan aktiviti. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

p/s : Makan bubur makan juga!!! Tapi penghayatan itu lebih penting.

wallahualam..
jumpa lagi di aktiviti SPS yang lain :)

assalamualaikum..


1 comments:

Assalamualaikum. Pertamanya tahniah kepada SPS kerana berjaya menajalankan aktiviti sebegini meriah. Semoga istiqamah dalam mempromosikan kebaikan. Saya ada satu kemusykilan tentang sejarah bubur asyura yang tersebut di atas. Berdasarkan apa yang saya belajar dan dengar dari kuliah ustaz johari abd wahab (2 kali. Satu semasa kuliah zohor dimasjid Mardi dan satu lagi semasa kuliah maghrib di surau al-furqan), beliau membahaskan bahawasanya kisah berasalnya bubur asyura dari rentetan peristiwa banjir pada zaman Nabi Nuh adalah sebuah kisah palsu dan ianya merupakan kisah yang direka-reka oleh puak syiah. Berdasarkan hujah beliau, tiada pun tersebut dalam sirah Islam yang soheh bahawasanya nabi Nuh bergotong royong memasak bubur asyura selepas peristiwa banjir itu. Yang disunatkan pada 10 muharram HANYALAH berpuasa. yang mana dengan berpuasa pada hari tersebut, Allah akan hapuskan dosanya setahun yang lalu. Wallahu a'lam.

P/S: Bubur tu sedap...

 

Post a Comment