Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Ahlan Wasahlan kepada Pelajar Baru

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Ahlan Wasahlan kepada Pelajar Baru

Assalamualaikum.
Selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua berada. Semoga kita dilimpahkan rahmat,keberkatan,keampunan dan keredhaan daripada Allah SWT.InsyaAllah.

Ahlan Wasahlan! kepada pelajar baru kemasukan ke UPM sesi 2012/2013 khususnya kepada adik-adik yang bakal menetap di Kolej Kedua. Selamat menemuh alam baru dalam kehidupan, alam yang bakal memberi 1001 kenangan dalam diri kita dan tidak kurang juga cabaran untuk mematangkan kita.

Kami dari Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua mengalu-alukan kehadiran anda semua dan mengharapkan agar anda bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar tercapai hajat dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini. Galaslah tanggungjawab kita bukan sahaja sebagai pelajar tetapi sebagai anak yang memenuhi harapan ibu bapa sebagaimana tingginya harapan mereka tatkala menghantar kita pertama kali ke menara gading ini.

Kami juga mengalu-alukan pendaftaran anda sebagai ahli Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua di sini. Terdapat banyak program-program menarik anjuran Sekretariat yang bakal memberikan anda pengalaman yang menarik disamping memperbaiki diri untuk mencapai matlamat hidup kita iaitu sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba yang sentiasa beribadah kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".[Surah Al-Baqarah:30]



 Firman Allah SWT juga :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".[Surah Az-Dzariyat:56]

 Sedikit renungan untuk kita bersama.

"Sesiapa yang membaca Al-Quran maka tinggilah ilmunya. Sesiapa yang menulis hadith, kuat dan kukuhlah hujahnya. Sesiapa yang berbincang tentang hukum-hukum feqah, maka ia menjadi bijak. Sesiapa yang mengambil berat tentang adab dan budi pekerti, maka budi bahasanya menjadi lembut dan halus. Sesiapa yang memikirkan tentang ilmu kira-kira(hisab), akalnya akan berkembang dan sesiapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya, ilmunya tidak akan memberi suatu faedah pun".
-Imam As-Syafie Rahimahullah-

Sekadar itu sahaja.Wallahua'lam.

Ahli Jawatankuasa 
Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua
2012/2013



0 comments:

Post a Comment