Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej

Assalamualaikum WBT.

Pertama dan selamanya syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya kita masih diberikan umur lagi untuk beribadah kepada-Nya dalam keadaan sihat wal afiat. Alhamdulillah, dapat juga diuploadkan entry Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Kedua tahun 2012. Setelah 6 bulan lamanya program ini dijalankan, akhirnya berjaya dimasukkan ke blog SPS. Kepada pihak yang berkenaan, mohon maaf atas keterlewatan..tapi bak kata mat saleh "Better late than never". :D

Secara ringkas, sambutan ini diadakan untuk memperingati bukan sahaja tarikh kelahiran Rasulullah SAW tetapi juga memperingati perjuangan,cabaran dan pengorbanan baginda dalam usaha untuk menyebarkan risalah Allah ke seluruh muka bumi. Selain itu, sambutan ini juga menjadi lambang cinta kita kepada Rasulullah SAW walaupun tidak pernah bersua muka.

Rasulullah
Dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirah mu
Pahit getir perjuangan mu  
membawa cahaya kebenaran

Sambutan Maulidur Rasul kali ini dimulakan dengan perarakan ke sekeliling kolej sambil berselawat ke atas nabi. Kemudian, sedikit pengisian ringkas oleh ahli jawatankuasa majlis sambutan sebelum peserta rehat untuk sarapan pagi. Kira-kira jam 10 pagi penceramah jemputan tiba dan semua peserta naik ke Dewan Kenyalang untuk mendengar ceramah maulidur rasul.

 Semangat yang ditunjukkan ahli Rajaudang membawa kain rentang.


 Muslimat paling semangat..Sudah berkumpul di volleyball court seawal jam 7 pagi..


 Senyuman manis Presiden dan ex-Presiden Kolej Kedua =)


 Exco 1 Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua sesi 2011/2012....hensem tak??
(yang sebelah kanan ye...)

 Kacak bergaya..



  Mulakan hari mu dengan senyuman...




 Sedikit briefing sebelum memulakan perarakan

 
 Ukhuwah fillah...


 Ramai tak??


 Ini berarak ye bukan demonstrasi...harap maklum


 Muslimat Kolej Kedua...


 Waktu ni agak semput sebab tengah naik bukit...


 Exco 2 Sekretarian Pembangunan Sahsiah merangkap ketua rombongan...
(yang paling depan)








 Kakak-kakak master..Selawat ke ambik gambar ni??=)


 Selepas berarak...


 Pelajar asasi fast track


 Penceramah jemputan..(tengah)




Pelajar khusyuk mendengar ceramah






Setelah tamat ceramah,pelajar ditayangkan dengan filem Hafalat Salat Delisa. Majlis sambutan tamat secara rasmi kira-kira jam 12 tengahari dan para pelajar turun bagi menikmati jamuan yang telah disediakan.

Alhamdulillah,majlis sambutan kali ini berjaya dijalankan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana kerana bertungkus lumus bagi menjayakan program. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Kedua atas kerjasama yang diberikan bagi melaksanakan program ini. Yang terakhir, jutaan penghargaan kepada semua warga Kolej Kedua yang turun beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan kali ini. Diharapkan program ini dapat dijalankan akan datang dan semoga ukhuwah antara kolegiat Kolej Kedua dapat dieratkan lagi dengan program-program seumpama ini. Wallahua'alam.


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya (kekuasaan-Nya) , salah seorang di antara kamu tidak beriman sehingga saya (rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya." 
[ Shahih Bukhari ]

Anas Radhiyallahu 'anhu berkata, "Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga saya (rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya, dan semua manusia.'" 
[ Shahih Bukhari ]


Ahli Jawatankuasa
Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua 






0 comments:

Post a Comment