Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Kembara HENSHIN

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Kembara HENSHIN






Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, satu lagi program Sekretariat Pembangunan Sahsiah berjaya disemat di dalam blog ini. Walaupun dah berzaman program ini dijalankan harapannya masih segar di ingatan setiap peserta-pesertanya...OSEM!!

Kembara HENSHIN..Ada orang tanya HENSHIN tu apa..kalau nak tau boleh search pakar bahasa kita iaitu Pak Cik Google Translate untuk mendapatkan jawapan.Tetapi secara ringkas maksudnya adalah perubahan atau pun transformasi...sekian.

Seperti yang tertera pada pada poster di atas, program berbentuk rehlah ini telah diadakan pada 27 Mei 2012 bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majoriti peserta kali ini merupakan daripada kalangan pelajar tahun akhir memandangkan program ini untuk meraikan pelajar tahun akhir Kolej Kedua khususnya.Untuk pengetahuan semua,program rehlah ini telah dianjurkan 3 kali oleh SPS bermula dengan

Version 1.0 - Hari Keluarga G.B.S (Bukit Ekspo)

Gambar peserta-peserta Hari Keluarga G.B.S
Maskot program...

Version 2.0 - Perghh..Rehlah Mahabbah (Bukit Ekspo)


Gambar peserta Perghh..Rehlah Mahabbah

Trademark Perghh..Rehlah Mahabbah berupa pinggan (^_^)

Version 3.0 - Kembara HENSHIN (Bukit Ekspo)

Gambar peserta Kembara HENSHIN


Maskot program Kembara HENSHIN..eh?




Peserta diberikan penerangan sebelum memulakan aktiviti oleh saudara Azim selaku AJK Aktiviti

 


3 peserta paling berbakat menunjukkan kemahiran masing-masing...GKG!

A picture tells thousand words
Pengarah bagi Kembara HENSHIN (gambar dari belakang)

Usia berbeza tidak menghalang bergambar bersama..:D


Peserta Chinese yang sporting turut menyertai kembara kali ini..Xiexie...^^

Pasukan 'ledak' membuat stretching sebelum memulakan aktiviti super extreme

Peserta-peserta muslimat

Aktiviti apekah ini??jemur ikan keringkah??

Cuba teka berapa umur yang baju merah pekat tu??

"Korang sibuk men game aku kena angkat hot dog ni...huh!"

Bila beraktiviti jangan lupa menjaga ikhtilat..muslimat nun di sana muslimin nun di sini..still boleh happy jugak^^

Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati

Pemenang kategori muslimin

"Eh,xpelah..aku buat keja ikhlas kerana Allah..(^_^)"

Pemenang kategori muslimat

Peserta-peserta tahun akhir yang diraikan

Alhamdulillah, satu lagi program rehlah anjuran Sekretariat Pembangunan Sahsiah berjaya dijalankan dengan jayanya.Tahniah diucapkan kepada pengarah program kerana berjaya melaksanakan program Kembara HENSHIN kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa pelaksana  yang bertungkus-lumus memastikan rehlah kali ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat semua peserta yang menyertai rehlah kali ini. Semoga semua peserta menikmati setiap aktiviti yang disediakan pihak pengajur.Pihak penganjur memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang melaksanakan program dan semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.

 “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Wallahua'lam.

Sekian.
Ahli Jawatankuasa pelaksana
Kembara HENSHIN
anjuran Sekretariat Pembangunan Sahsiah
Kolej Kedua



1 comments:

nice one.. keep it up.. ^_^

 

Post a Comment