Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Chenta Rasul ♥ Kelahiran dan Tahun Sebelum Kenabian Muhammad SAW

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Chenta Rasul ♥ Kelahiran dan Tahun Sebelum Kenabian Muhammad SAW

*da jawab salam? tak jawab dosa ;)

Kalau kita boleh sibuk hari-hari nak update knowledge tentang gosip-gosip/cerita-cerita hangat/ isu-isu panas sepanas goreng pisang panas/etc, apa kata kita refresh semula ingatan manusia-manusia pelupa (baca: kita) ni tentang role model yang seharusnya kita rindu saban hari. :') *dah selawat dah hari ni? T_T 

Jommmmm! *muka excited, please ;D

Nabi Muhammad SAW lahir di kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (dinamakan tahun Gajah kerana pada saat itu pasukan bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman Abrahah ingin menghancurkan Kaabah. Kemudian pasukan itu binasa seperti daun yang dimakan ulat . Surah Al-Fil), bertepatan dengan 570 M.

Sebilangan besar penduduk Makkah menyembah berhala. T_T Ayah beliau bernama Abdullah bin Abdul Muthalib, dan ibu beliau bernama Aminah binti Wahab. Abdullah bin Abdul Muthalib wafat ketika Rasulullah masih berada dalam kandungan. (Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat hidup pada zaman Jahiliyah iaitu zaman kebodohan. Sebahagian besar penduduk Makkah menyembah berhala)

Ibu susu pertama yang menyusui beliau setelah ibunya adalah Tsuaibah. Kemudian beliau disusukan kepada Halimah binti Dzu'aib As-Sa'diyah hingga berumur 2 tahun, dan beliau diasuh Halimah selama 4 tahun. 
*bukan mudah kehidupan yg dilalui Baginda SAW, kan? Allah~

Pada usia 6 tahun, nabi Muhammad SAW, dibawa ibunya berziarah ke makam ayahnya di Yatsrib. Namun ketika sampai di Abwa ', ibunya meninggal dan dimakamkan di Abwa'. Dalam perjalanan tersebut ikut juga pengasuh beliau yang bernama Ummu Aiman. Kemudian Rasulullah diasuh datuknya, selama dua tahun.

Saat beliau berumur 8 tahun, datuknya meninggal dunia dan beliau di asuh oleh bapa saudaranya Abu Talib.Pada usia 12 tahun, Rasulullah di bawa berniaga oleh Abu Talib bersama kafilah dagang ke negeri Syam. Ketika tiba di Basrah, beliau bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang mengatakan kepada Abu Talib bahawa kemanakannya mempunyai tanda-tanda kenabian dan menyarankan agar Rasulullah dibawa kembali pulang agar tidak dicelakai orang Rom dan Yahudi.

Pada tahun ke-14 kelahirannya, Rasulullah ikut dalam perang Fijar yang terjadi pada suatu tempat di antara Nakhlah dan Thaif, (kabilah Quraisy dan sekutunya Bani Kinanah VS Kabilah Qais 'Ailan). Dalam hal ini Rasulullah ikut membantu bapa saudara-bapa saudaranya menyediakan anak panah.

Pada usia 25 tahun Rasulullah dipercaya membawa barang perniagaan milik Khadijah binti Khuwailid untuk diperdagangkan ke negeri Syam. Kemudian Rasulullah berkahwin dengan Khadijah.

Putera-puteri beliau dari perkahwinan dengan Khadijah adalah: Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Fathimah, dan Abdullah. Semua putera beliau meninggal ketika masih kanak-kanak, sedangkan puteri beliau semua hidup pada masa Islam, namum meninggal semasa beliau masih hidup, kecuali Fatimah yang meninggal dunia enam bulan selepas beliau wafat.

Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membina semula Kaabah yang rosak akibat banjir. Tatkala perletakan Hajar Aswad ke tempatnya, berlaku perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempat semula.Untunglah ada seorang yang bijaksana iaitu Ummayah bin Mughirah dari bani Makzum mencadangkan usul. Lalu, mereka sepakat siapa yang paling pertama masuk melalui pintu Safa, ialah yang menjadi pemutus perkara tersebut.



Atas kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu tersebut, dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang boleh dipercayai). Rasulullah membentangkan sehelai kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya, lalu meminta agar semua kepala kabilah memegang hujung selendang  dan sama-sama mengangkatnya sampai ke tempat asal Hajar Aswad. :D


tauladan terbaik seluruh pelosok alam :') 
kalau bukan kita yang tiru peribadi Baginda SAW, siapa lagi? 

Seronok kan baca sirah Baginda? :) 
Moga bertambah tebal kerinduan kita pada Baginda SAW, 
mudah-mudahan mendatangkan cinta Allah pada  kita :') 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: sumber asal & telah diedit sikit sikit ;)

0 comments:

Post a Comment