Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: End Of Tears? *tiada yang sempurna

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

End Of Tears? *tiada yang sempurna


Alhamdulillah atas segala kurniaan yang Allah hadiahkan buat kita tanpa lelah dan bosan :') lebih-lebih lagi atas nikmat HIDUP yang membenarkan kamu, kami, kita dan sesiapa sahaja *Muslim* yang masih bernafas untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM. Allahu Allah~

4 APRIL 2013 bersamaan 23 JAMADIL AWAL 1434H

sumber: SPS_SMI K2

Selamat sudah program tayangan movie Valley of the Wolves Palestine menutup tirainya. Alhamdulillah *again and again :) Walaubagaimanapun, bukanlah bermakna tayangannya sudah tiada, maka semangat dan kesepaduan kita dalam usaha menentang Israel juga kian sirna (baca: pudar). *tp kalau betul, nampak sgt tak ikhlas merasai derita saudara-mara kita di sana. opps. bukan anda! si dia yang berada di kutub utara nun :P 

"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, 
maka bukanlah mereka daripada kalangannya"-alhadis

Tahniah! bagi sesiapa yang hadir pada malam tersebut. Sekurang-kurangnya ada satu malam yang kita manfaatkan demi menebalkan kasih sayang, memupuk semnagat perjuangan kita pada saudara-mara kita yang ditindas di Gaza, Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain lagi yang mungkin di luar pengetahuan kita. Moga Allah mengira ianya sebagai salah satu sebab untuk meraih rahmat Nya di Akhirat kelak. Aminn :) Anda juga telah membuktikan bahawa anda peduli tentang urusan umat Islam. Syabas!

Seandainya kejadian manusia yang dikira sebaik-baik kejadian pun tidak mampu untuk mencapai tahap kesempurnaan, apatah lagi sesuatu perkara yang diwujudkan oleh manusia. Sama kisahnya dengan filem ini. Sukacita ingin kami maklumkan beberapa kekurangan yang kami dapat kongsikan mengenai filem ini untuk kita sama-sama jadikan iktibar dan sempadan :) jom semak keluar (baca: check it out)! :P

1. Cerita ni bukan kisah sebenar, cuma nak menggambarkan Israel itu mengalami kekalahan. Kemenangan Islam bukan mudah untuk diraih, apatah lagi hanya dengan menghantar beberapa orang wakil shj sudah boleh mencapai kemenangan. *bukan menafikan kekuasaan Allah, tp andainya semudah itu pasti telah lama Islam menikmati kemenangan :)

2. Dinding yang diletupkan menggunakan kereta kebal dalam salah satu scene 
adalah mainan imaginasi sahaja ;)

3. Penjagaan aurat dan pergaulan yang tidak sepenuhnya mengikut syariat. 
Ibu-ibu di Palestin tidak memakai tudung sebagaimana yang ditayangkan 
dalam filem ini (nmpk rmbut dan sbgainya). Selain itu, scene wanita US yang memeluk lelaki. -_-

4. Special force yang dihantar Turki pun tidak mngamalkan Islam secara sempurna (dalam filem ini).
Sbg contoh, scene kanak-kanak bg azimat kepada ketua Special force agar mereka selamat. 
*nampak tak ada unsur-unsur kebergantungan kepada selain Allah? Nauzubillahi min zalik.

ini mungkin sebahagian yang kami lihat dan sedar. andai anda punya sesuatu untuk dikongsi, 
sangat kami alu-alukan!

Ambil iktibar dan perbaikilah diri agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Siapa kata kita hanya boleh belajar melalui kesilapan diri? *no no no* Kesilapan orang lain juga boleh kita ambil pengajaran dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama! :)

Berusalah sedaya upaya kita untuk menjadi Muslim yang menyumbang kepada kemenangan Islam. Namun, sebelum tertegaknya Islam di muka bumi, tegakkanlah dahulu Islam di dalam diri kita. Sekurang-kurangnya, bab solat jemaah di surau/masjid 5x sehari sudah boleh dicapai. ;) bukan lagi perlu disuruh dan dikerah~ *pasang niat dan berusaha, pasti Allah permudahkan!

Ayuh anak muda, kita mampu untuk melakukannya!


“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”
-HR Imam Ahmad dan Abu Ya’la

Moga Allah redha.

p/s: umat Islam kat sana perjuangkan nyawa hari demi hari… tapi orang kita hilang nyawa pada najis dadah, arak dan merempit di malam hari….







0 comments:

Post a Comment