Blogger Widgets SECRETS OF SHINING: Setelah Sekian Lama

SECRETS OF SHINING

Blog Rasmi Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM

Setelah Sekian Lama

*da jawab salam? :)


Setinggi-tinggi kesyukuran (baca: Alhamdulillah) dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan kasih sayang Dia Yang Maha Pengasih, kita (yes, it's you) masih lagi mampu utk berada di hadapan laptop mahupun handphone android untuk membaca tulisan ini. kan? Alhamdulillah! Jauh lebih indah, Allah masih lagi membiarkan kita hidup dan mengekalkan kita dalam keadaan Islam dan beriman *insyaallah*. Masih lagi mahu sombong dan ingkar pada perintahNya? Maka, silalah nantikan azab Dia Yang Maha Berkuasa di sana(baca: akhirat) nanti. :'( *ketegaq sungguh! eh, bukan anda! sahabat nun jauh di Afrika Selatan sana :P Kolegiat K2 insyaallah bersyukur dan ingat Allah sentiasa :) *siapa makan gula, dia terasa manisnya*


Satu saff kepimpinan SPS K2 dan SMI (baca: Surau Manbaul Ilmi) memohon sejuta kemaafan atas kekurangan dalam usaha untuk sentiasa mengemas kini (baca: update) blog SOS(baca: Secret of Shining) ini. Mudah-mudahan dengan kewujudan muka surat (baca: page) SMI, maka diharapnya dapat membantu penyebaran maklumat, informasi, mahupun ilmu selain melalui medium blog ini :)



*sapa belum LIKE, sila jangan malu-malu gajah nak LIKE ^^


Suka cita kami ingin memaklumkan aktiviti dan perjalanan SPS & SMI sepanjang beberapa bulan yang berbaki ini sebelum tamat semester ini melalui takwim bulanan di bawah. Jangan lupa semak keluar(baca: check it out) ye! :)



APRIL 2013_ JAMADIL AWAL & JAMADIL AKHIR


MEI 2013_JAMADIL AKHIR & REJAB
*RALAT: QIAMULLAIL WARNA BIRU
JUN 2013_REJAB & SYAABAN


Segala kekurangan, kami mohon maaf & tegurlah kami secara berhikmah agar dapat kami memperbaiki kekurangan tersebut :) oh ye! sila jangan segan silu utk PRINT & TAMPAL kat soft board masing2~ senang la nanti nak remind manusia yg pelupa ni kut2 kalau ade kuliah/qiamullail/puasa sunat ke, kan? ;)



Daripada Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik".



“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. 

Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. 

Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). 
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Moh le kite! :)

Wallahu taala 'alam.

Nota Kaki: Buat baik bukan untuk diri sendiri sahaja.Allah juga menuntut kita berdakwah, mengajak orang lain sama berbuat kebaikan.Alangkah baiknya bila semakin ramai orang kembali mengenal dan mendalami agama melalui kita lalu mereka mengamalkannya. :') *MLM yg selamat dunia akhirat~

0 comments:

Post a Comment